Manchester United mudah membelasah Airtricity League XI 7-1 dalam perlawanan persahabatan terakhir mereka sebelum memulakan kempen liga musim ini.
Park Ji-Sung membuka jaringan pertama diikuti Michael Owen yang turut menyumbangkan gol dalam penampilan sulung beliau buat United. Pemain baru United, Hernandez turut mencatat nama sebagai penjaring sebelum Valencia menghancurkan harapan tuan rumah.
Jonny Evans dan penalti Nani turut tidak ketinggalan dalam melengkapkan kemenangan besar United sebelum ke Wembley Ahad ini untuk bertemu Chelsea dalam piala Community Sheild. Jaringan tunggal tuan rumah Dave Mulcahy menerusi gerakan solo yang cantik mungkin menjadi kenangan terindah untuk mereka.
Kongsi artikel ini di Facebook