Sunday, July 25, 2010

Van der Vaart mahu Liverpool atau Chelsea





Rafael van der Vaart membuat kenyataan terbuka yang beliau mahu bermain di Liga Perdana Barclyas musim depan selepas gagal menjadi kesebelasan utama di Real Madrid.

Beliau yang hanya bermain 31 perlawanan untuk dua musim bersama kelab gergasi Sepanyol itu mahukan permainan yang banyak untuk berada pada tahap yang tinggi. Van der Vaart hanya bermain sebagai pemain gantian semasa Piala Dunia mewakili Belanda ketika perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir.

"Saya dimaklumkan bahawa LIverpool dan Chelsea berminat untuk mendapatkan khidmat saya. Jika salah satu dari mereka sedia untuk meletakkan saya sebagai kesebelasan utama, saya sedia untuk mendengar tawaran dari mereka," kata beliau.

Malaysia 1 - 0 Korea Selatan



Malaysia berjaya mencatatkan kemenangan tipis ke atas pasukan Korea Selatan 1-0 dalam pertemuan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kejayaan ketiga Malaysia dalam siri perlawanan persahabatan menunjukkan tanda positif dalam mutu bola sepak negara. Pemain Malaysia bawah 23 tahun ini harus diberi pujian dalam mengawal rentak permainan Korea Selatan untuk memastikan kemenangan milik tuan rumah.

Safiq Rahim menjadi wira Malaysia dengan menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi percubaan jarak jauh pada minit ke-50. Tahniah Malaysia!

Hodgson tak pasti Torres kekal di Anfield



Pengurus baru Liverpool, Roy Hodgson belum pasti penyerang utama mereka, Fernando Torres akan kekal di Liverpool untuk musim depan.

Torres yang dikaitkan dengan pemindahan ke Chelsea melanjutkan tempoh percutian akibat kecederaan.

Kemungkinan besar Torres akan terlepas pertemuan pertama Liverpool bertemu Arsenal. Hodgson berharap juara Piala Dunia itu akan mengikuti jejak langkah Steven Gerrard yang menyatakan kesetiaannya untuk kekal di Anfield.

Baru - baru ini Reira telahpun meninggalkan Anfield dan Mascherano berkemungkinan besar akan mengekori Rafael Benitez ke Inter Milan.

Petua hilangkan bau badan


Bau badan yang terlalu kuat boleh menyebabkan anda tidak selesa untuk berdepan dengan orang ramai.

Selain itu, anda juga kadang2 tidak perasan bahawa ada bau dari badan anda.
So, jangan risau. Ada beberapa petua yang boleh diamalkan untuk mengelakkan bau badan ini. Justify FullAda 9 petua dikongsikan di sini.

Katakan tidak pada bau badan. =)



1) Potong pendek batang pokok kantan segar dan tumbuh hingga lumat. Rebus kantan yang ditumbuk itu hingga mendidih kemudian angkat dan biarkan sejuk. Jadikan air rebusan itu sebagai mandian. Gunakan air biasa untuk bilasan yang terakhir.

2) Rebus secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan. Campurkan air rebusan tadi dengan sebaldi air biasa. Amalkan mandian ini tiga kali seminggu.

3) Selepas mandi gosokkan seketul tawas pada bahagian-bahagian badan tertentu terutamannya di ketiak.

4) Kupas sebiji timun muda dan dibasuh bersih. Gosokkan di bahagian badan yang mudah berpeluh. Lakukannya sebaik sahaja selepas mandi dan sekerap mungkin.

5) Goreng segenggam beras tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan bancuh bersama air asam jawa. Gosokkan di bahagian yang mudah berpeluh. Biarkan selama 10 minit sebelum mandi. Lakukan sekerap mungkin.

6) Campurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras. Gaulkan kedua-duanya dan disapu ke seluruh badan yang mudah berpeluh. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

7) Minum air rebusan daun sirih atau daun nenas muda yang telah dicampurkan dengan garam. Amalkan sekurang-kurangnya selama seminggu.

8) Lumurkan hampas kelapa ke seluruh badan. Biarkan selama 45 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

9) Gosokkan hampas teh yang telah digunakan pada seluruh badan terutama di ketiak selama 15 minit sebelum mandi. Amalkannya dua kali seminggu.

Drogba terlepas perlawanan bertemu Man Utd



Penyerang utama Chelsea, Didier Drogba terpaksa melupakan hasrat untuk membantu kelabnya menewaskan Manchester United pada perlawanan pembuka tirai Liga Perdana Barclays (Community Shield) pada 8 Ogos ini.

Drogba didapati mengalami kecederaan dan memerlukan masa tiga minggu untuk pulih sepenuhnya. Ini bermaksa Drogba berkemungkinan akan bersama Chelsea dalam perlawanan pertama liga bertemu Wes Brom pada 14 Ogos.

Sementara itu, Chelsea turut kehilangan khidmat penjaga gol utama mereka, Peter Cech yang cedera dalam tempoh sebulan.

Kaiserslautern 1 - 0 Liverpool


Liverpool masih mencari kemenangan sulung dalam edisi perlawanan persahabatan mereka.
Setelah seri tanpa jaringan dalam pertemuan pertama, Liverpool tewas pula kali ini di tangan Kaiserslautern 0-1.

Penyerang baru Liverpool, Milan Jovanovic bermain untuk The Reds untuk pertama kali selama 45 minit untuk separuh masa pertama.

Sementara itu Sotirios Kyrgiakos turut memulakan perlawanan pertamanya musim ini setelah dimasukkan pada minit ke-77.

Pemain senior Liverpool yang lain masih belum bermain termasuk bintang baru, Joe Cole.
Video dibawah merupakan highlight goal tunggal dalam perlawanan ini. enjoy =)