Sunday, July 25, 2010

Van der Vaart mahu Liverpool atau Chelsea





Rafael van der Vaart membuat kenyataan terbuka yang beliau mahu bermain di Liga Perdana Barclyas musim depan selepas gagal menjadi kesebelasan utama di Real Madrid.

Beliau yang hanya bermain 31 perlawanan untuk dua musim bersama kelab gergasi Sepanyol itu mahukan permainan yang banyak untuk berada pada tahap yang tinggi. Van der Vaart hanya bermain sebagai pemain gantian semasa Piala Dunia mewakili Belanda ketika perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir.

"Saya dimaklumkan bahawa LIverpool dan Chelsea berminat untuk mendapatkan khidmat saya. Jika salah satu dari mereka sedia untuk meletakkan saya sebagai kesebelasan utama, saya sedia untuk mendengar tawaran dari mereka," kata beliau.
Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails