Sunday, July 25, 2010

Petua hilangkan bau badan


Bau badan yang terlalu kuat boleh menyebabkan anda tidak selesa untuk berdepan dengan orang ramai.

Selain itu, anda juga kadang2 tidak perasan bahawa ada bau dari badan anda.
So, jangan risau. Ada beberapa petua yang boleh diamalkan untuk mengelakkan bau badan ini. Justify FullAda 9 petua dikongsikan di sini.

Katakan tidak pada bau badan. =)



1) Potong pendek batang pokok kantan segar dan tumbuh hingga lumat. Rebus kantan yang ditumbuk itu hingga mendidih kemudian angkat dan biarkan sejuk. Jadikan air rebusan itu sebagai mandian. Gunakan air biasa untuk bilasan yang terakhir.

2) Rebus secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan. Campurkan air rebusan tadi dengan sebaldi air biasa. Amalkan mandian ini tiga kali seminggu.

3) Selepas mandi gosokkan seketul tawas pada bahagian-bahagian badan tertentu terutamannya di ketiak.

4) Kupas sebiji timun muda dan dibasuh bersih. Gosokkan di bahagian badan yang mudah berpeluh. Lakukannya sebaik sahaja selepas mandi dan sekerap mungkin.

5) Goreng segenggam beras tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan bancuh bersama air asam jawa. Gosokkan di bahagian yang mudah berpeluh. Biarkan selama 10 minit sebelum mandi. Lakukan sekerap mungkin.

6) Campurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras. Gaulkan kedua-duanya dan disapu ke seluruh badan yang mudah berpeluh. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

7) Minum air rebusan daun sirih atau daun nenas muda yang telah dicampurkan dengan garam. Amalkan sekurang-kurangnya selama seminggu.

8) Lumurkan hampas kelapa ke seluruh badan. Biarkan selama 45 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

9) Gosokkan hampas teh yang telah digunakan pada seluruh badan terutama di ketiak selama 15 minit sebelum mandi. Amalkannya dua kali seminggu.
Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails