Sunday, July 25, 2010

Malaysia 1 - 0 Korea Selatan



Malaysia berjaya mencatatkan kemenangan tipis ke atas pasukan Korea Selatan 1-0 dalam pertemuan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kejayaan ketiga Malaysia dalam siri perlawanan persahabatan menunjukkan tanda positif dalam mutu bola sepak negara. Pemain Malaysia bawah 23 tahun ini harus diberi pujian dalam mengawal rentak permainan Korea Selatan untuk memastikan kemenangan milik tuan rumah.

Safiq Rahim menjadi wira Malaysia dengan menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi percubaan jarak jauh pada minit ke-50. Tahniah Malaysia!
Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails