Saturday, August 14, 2010

Apa ada dengan Nokia E5


Salah satu dari Smartphone baru Nokia ialah Nokia E5. Nokia E5 mempunyai papan kekunci Qwerty dan merupakan sambungan daripada Nokia E71 dan E63.

Nokia E5 memberi fokus kepada ahli perniagaan dan juga pengunaan peribadi. Kelebihan Nokia E5 adalah kepada sistem emel yang canggih. Dengan rangkaian HSDPA dan Wi-Fi, Nokia E5 menjadi lebih mudah buat pengguna yang memerlukan sambungan internet lebih pantas.

Nokia E5 turut disertakan dengan perinci Ovi Maps yang berfungsi sebagai penunjuk jalan dengan peta yang jelas. Rekabentuk Nokia E5 merupakan pemasangan semula E71. Resolusi Nokia E5 adalah 320x240 pixels degan 250.000 colour.

Nokia E5 turut dilengkapi dengan 2GB microSD memory card dan kapasiti boleh ditambah. Nokia E5 menyokong penggunaan microSDHC dan ini menjadikan kapasiti maksimum kepada 32GB. Dengan fungsi kamera 5.0 megapixel, Nokia E5 sangat sesuai untuk penggunaan peribadi mahupun pernigaan.

Maklumat lanjut klik di sini : Nokia E5

Obama sokong bina masjid di New York




Presiden Barack Obama menyokong cadangan untuk membina masjid dan pusat kebudayaan Islam berdekatan tapak serangan 11 September di New York.

Projek yang mendapat tentangan sebilangan pihak dan rakyat tempatan itu kini menjadi perbahasan. “Sebagai warga negara dan sebagai presiden, saya percaya orang Islam mempunyai hak yang sama untuk mengamalkan ajaran agama sama seperti orang lain di negara ini," kata Obama.

Tragedi maut di Bazar Ramadhan




Sebuah Bazar Ramadhan di Jasin dilanda ribut kencang hingga menyebabkan dua peniaga dan seorang pengunjung maut.

Dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi meninggal selepas beberapa jam di hospital. Mangsa didapati meninggal akibat dihempap antara 21 khemah besar peniaga yang terbang.

Ribut yang melanda hampir empat minit itu turut mengakibatkan 17 pengunjung cedera.

Tips berbuka puasa




1. Pengambilan makanan di bulan puasa tidak seharusnya berbeza daripada bulan-bulan yang lain. Pemakanan kita sepatutnya dapat membekalkan tenaga, vitamin dan mineral yang sepatutnya agar dapat menjalankan tugas-tugas harian seperti biasa. Makan secara sihat di bulan puasa adalah penting untuk menghindar beberapa masalah kesihatan yang biasa berlaku di bulan puasa seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, pedih ulu hati dan kandungan gula rendah dalam darah. Ia juga penting untuk membolehkan seseorang itu berpuasa dengan selesa dan mendapat fadhilat yang sewajarnya di bulan puasa. Oleh itu, makanlah secara sederhana dan pastikan pengambilan makanan yang seimbang untuk kekal sihat di bulan puasa.

2. Walaupun berpuasa, kita tetap perlu mengamalkan asas makan secara sihat iaitu makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang. Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berasaskan Piramid Makanan Malaysia. Ini kerana tidak ada satu makanan yang dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita. Makanan kita mestilah mengandungi kumpulan-kumpulan makanan berikut :

a. Nasi, roti, bijirin dan hasil bijiin.
b. Buah-buahan dan sayur-sayuran
c. Ikan, ayam, daging dan kekacang
d. Susu dan produk tenusu
e. Sedikit minyak, lemak, gula dan garam

3. Jangan makan secara berlebihan sewaktu berbuka puasa. Ini kerana setelah seharian berpuasa, aktiviti gastrik di dalam perut akan menurun pada tahap yang minimum. Apabila kita mengambil makanan semasa berbuka puasa, aktiviti gastrik akan meningkat. Kebiasaannya kita akan mengambil makanan yang banyak sewaktu berbuka puasa. Ini akan menyebabkan peningkatan asid yang terlalu mendadak. Keadaan ini akan mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh menjejaskan kesihatan. Oleh itu, makanlah makanan yang ringan terlebih dahulu sewaktu berbuka puasa untuk mengelakkan peningkatan aktiviti gastrik yang mendadak. Ia juga dapat mengurangkan masalah semasa berpuasa dan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

4. Mengikut Sunnah, adalah digalakkan mengambil 3 biji buah kurma sebagai makanan pertama sewaktu berbuka puasa. Kurma bukan sahaja kaya dengan tenaga, tetapi juga mengandungi serat, vitamin dan mineral. Kemudian diikuti dengan ½ cawan jus buah-buahan. Selepas itu bolehlah mengambil 1 mangkuk kecil sup sayur berserta dengan 1 atau 2 keping roti. Pengambilan makanan ini dalam kuantiti yang betul boleh mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras normal. Walau bagaimanapun, hadkan pengambilan makanan yang manis seperti kuih-muih manis, kek dan air manis dalam kuantiti yang berlebihan sewaktu berbuka puasa. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula secara berlebihan, boleh mengakibatkan peningkatan berat badan walaupun di bulan puasa.

5. Makan malam yang lebih berat adalah digalakkan sebaik sahaja selepas mengerjakan solat Maghrib. Hidangan makan malam yang disarankan ialah 1 ½ cawan nasi putih, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur. Jika boleh, elakkan makanan yang berminyak dan bersantan. Ambil buah-buahan serta lebihkan minum air kosong. Hidangan lewat malam atau moreh, boleh di ambil jika perlu. Elakkan mengambil makanan yang berat, cukuplah sekadar snek ringkas seperti kacang, sandwic, yoghurt, roti, biskut, 1 atau 2 ketul kuih dan 1 gelas susu. Lebihkan mengambil air kosong. Pengambilan makanan yang berat seperti mi atau nasi mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh mengganggu tidur anda.

6. Sembelit di bulan puasa merupakan masalah yang mungkin boleh berlaku di bulan puasa. Ia berlaku disebabkan kita kurang minum air, kurang mengambil makanan yang berserat serta makan banyak makanan terproses. Sekiranya anda mengalami masalah ini, tingkatkan pengambilan air, buah-buahan serta sayur-sayuran. Pastikan anda mengambil 6-8 gelas air, 3 hidangan sayur-sayuran dan ½ cawan sayursayuran serta 2 biji buah sehari. Pengambilan air juga boleh di ambil dalam bentuk jus buah-buahan ataupun sup sayur-sayuran. Untuk mengelakkan kehilangan air dari badan, kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein seperti teh, kopi atau minuman berkarbonat. Kurangkan kekerapan mengambil makanan segera yang tinggi kandungan lemak dan garam. Selain daripada itu, lakukan juga senaman ringan seperti regangan dan berjalan. Ini adalah penting untuk kelancaran sistem penghadaman.

Liverpool lwn Arsenal (Video Preview)

Ramires sertai Chelsea




Chelsea mengesahkan mereka telah menandatangani kontrak empat tahun untuk mendapatkan pemain tengah Benfica, Ramires.

Perbincangan antara juara Liga Perdana England, Chelsea dan pemain tengah dari Brazil, Ramires memakan masa sehingga dua minggu dan nilai yuran perpindahan dipercayai sebanyak £17 juta.

Perpindahan Ramires tergantung akibat masalah permit kerja di mana beliau tidak melepasi syarat 75% perlawanan untuk negaranya, Brazil. Ini menyebabkan beliau akan terlepas perlawanan pembukaan bertemu West Brom dan kemungkinan akan ke Stamford Bridge minggu depan.

Fantasy : Gameweek 1 - Pemain yang perlu anda miliki

Pemain pilihan gameweek 1



Inilah minggu yang paling sukar bagi anda. Ini masanya untuk memilih pemain Fantasy anda untuk memulakan musim.

Kami akan beri cadangan kepada anda pemain yang mampu menyerlah minggu ini. Anda perlu tahu bahawa ada beberapa pemain yang mungkin tidak akan diturunkan seperti Fabregas,Van Persie, N’zogbia, Drogba, Defoe,Zamora, Bent, Torres dan Crouch.

Di bawah ialah pemain yang dicadangkan dan pemilihan dari pakar bola. Buat keputusan segera kerana waktu deadline ialah 6.30ptg.
(Pemain berwarna merah merupakan pemain piihan utama)

Penjaga Gol
1. Jaaskelainen Bolton
2. Van Der Sar Man Utd
3. Kirkland Wigan
4. Marcus Hahnemann Wolves

Pertahanan
1. Vidic Man Utd
2. Evans Man Utd
3. Cahill Bolton
4. Van Damme Wolves
5. Ahmed Al-Muhammadi Sunderland
6. Maynor Figueroa Wigan

Tengah
1. Lampard Chelsea (Belum pasti main)
2. Valencia Man Utd
3. Malouda Chelsea
4. Petrov Bolton
5. Bale Tottenham
6. Cole Liverpool
7. Arteta Everton
8. Gerrard Liverpool
9. Ashley Young Aston VIlla

Penyerang
1. Rooney Man United
2. Anelka Chelsea
3. Boselli Wigan
4. Keane Tottenham
5. Tevez Man City
6. Saha Everton

Kapten Pilihan
1. Lampard Chelsea
2. Rooney Man Utd
3. Boselli Wigan

Pilihan Pakar :

Paul

* Kapten: Lampard Chelsea
* Mata tertingg: Rooney Man Utd
* Potensi harga naik: Boselli Wigan

Alan

* Kapten: Zamora Fulham
* Mata tertinggi: Lampard Chelsea
* Potensi harga naik: Hernandez Man Utd

Martin

* Kapten: Bale Tottenham
* Mata tertinggi: J.Cole Liverpool
* Potensi harga naik: Beckford Everton

Nama liga : anak1Malaysia
Code liga : 632185-147709