Sunday, August 15, 2010

Liverpool lwn Arsenal : Permulaan yang sukar





Roy Hodgson memulakan kempen liga musim 2010/2011 bertemu dengan pasukan terakhir beliau berjumpa musim lepas iaitu dengan anak buah Arsene Wenger, Arsenal.

Bagaimanapun perlawanan pada bulan Mei itu adalah ketika beliau memegang Fulham dengan merehatkan beberapa tonggak utama Fulham bagi memberi fokus kepada perlawanan akhir Piala Europa. Kini beliau bersama Liverpool, masih lagi merupakan kelab paling berjaya di England walaupun telah lama Anfield kehilangan kejuaraan.

Satu tugas berat buat Hodgson ketika The Reds jatuh semasa di bawah kendalian Rafa Benitez musim lepas. Mensasarkan tempat pertama tetapi menamatkan musim di tempat ketujuh dengan terkeluar awal dari semua saingan kompetetif lain termasuk Liga Juara - Juara.

Perlawanan liga pertama Hodgson bersama Liverpool merupakan perlawanan ke-525 untuk Arsene Wenger. Walaupun Wenger hanya tewas 85 berbanding menang 307 dan kekal menamatkan saingan dikelompok empat teratas dalam 14 tahun beliau bersama Arsenal, namun Wenger mempunyai tekanan yang lebih tinggi berbanding Hodgson. Arsenal tidak menjuarai sebarang kejuaraan sejak 2005 menjadikan Wenger sebagai pengurus paling mengecewakan.

Kedua - dua pasukan mempunyai pemain baru yang berpotensi untuk menyerlah termasuk Joe Cole, Christian Poulsen, Milan Jovanovic, Laurent Koscielny dan Marouane Chamakh. Tetapi kedua - dua kelab terpaksa akur dengan keadaan tidak cerdas finalis Piala Dunia iaitu Fernando Torres, Cesc Fabregas dan Robin van Persie.

Christian Poulsen dijangka akan diturunkan sebagai kesebelasan utama dengan Fernando Torres dilaporkan telah pulih dari kecederaan. Bagaimanapun Hodgson tidak mahu mengambil risiko untuk meletakkan El Nino sebagai kesebalasan utama.

Barisan kemungkinan : Reina; Johnson, Kyrgiakos, Carragher, Agger; Poulsen, Mascherano; Jovanovic, Gerrard, Cole; Ngog.

Sementara itu, Marouane Chamakh dan Laurent Koscielny bakal bermain perlawanan kompetetif untuk Arsenal buat pertama kali dengan pemain baru England, Jack Wilshere mungkin akan dipertaruhkan.

Barisan kemungkinan : Almunia; Sagna, Koscielny, Vermaelen, Clichy; Song; Rosicky, Wilshere, Nasri, Arshavin; Chamakh.

Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails