Seorang suami di Teluk Intan mengamuk ketika waktu bersahur dengan membunuh isterinya menggunakan parang serta menetak anaknya sehingga putus dua jari.
Bagaimanapun lelaki tersebut ditembak mati oleh polis selepas enggan menyerah diri dan cuba menyerang anggota polis. Anak perempuan yang berumur 13 tahun itu turut cedera parah di kepala dan badan.
Bagaimanapun seorang lagi anaknya berumur 10 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketika polis tiba di tempat kejadian, lelaki tersebut cuba mengugut untuk membunuh anaknya jika ada sesiapa yang cuba menghampirinya.
Menurut laporan, lelaki yang merupakan bekas pengawal keselamatan mempunyai sakit mental.