Sunday, August 8, 2010

Pertarungan bermula, Chelsea atau Manchester United?




Chelsea lwn Manchester United
Stadium Wembley
8 Ogos 2010
10.00 mlm (Malaysia)

Chelsea dan Manchester United bakal betembung untuk pembukaan musim 2010/2011 dalam piala Community Sheild di Wembley malam ini.

The Blues mencatatkan kejayaan double pertama mereka musim lepas dengan kemenangan 8-0 ke atas Wigan bagi mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris sebelum menumbangkan Portsmouth 1-0 untuk merangkul Piala FA.

Sementara itu, skuad Sir Alex Ferguson mahu memperbaiki kekecewaan mereka musim lepas dengan hanya menjuarai Piala Liga dan menamatkan kempen liga satu mata di bawah Chelsea. Tetapi tugas United musim ini mungkin lebih sukar dengan Manchester City telah memperkuatkan barisan pemain mereka.

Chelsea telah membawa masuk Yossi Benayoun dari Liverpool dengan nilai £6 juta dan dijangka akan memiliki pemain tengah Benfica, Ramires dengan nilai £18 juta dalam beberapa hari lagi. United pula telah membawa Chris Smalling dan Javier Hernandez untuk memperkuatkan lagi skuad Red Devils.

Pra-musim Chelsea agak mengecewakan dengan kemenangan tunggal 1-0 ke atas Crystal Palace sebelum tewas dkepada Ajax, Frankfurt dan Hamburg. Kesilapan Ross Turnbull, Hilario dan John Terry semasa pra-musim menjadi punca kepada aksi sumbang Chelsea.

Manchester United pula memulakan kempen pra-musim dengan kejayaan ke atas Celtic, Philadelphia Union dan the MLS All-Stars namun tewas kepada Kansas City Wizards dan Guadalajara. Bagaimanapun keputusan 7-1 membelasah Ireland XI menjadi nadi kepada United bagi perlawanan di Wembley malam ini untuk berdepan Chelsea yang menewaskan mereka menerusi sepakan penalti dalam piala Community Sheild musim lepas.

Special : Fernando Torres bersama Liverpool (video)




Wenger yakin Arsenal mampu juara liga musim ini




Pengurus Arsenal, Arsene Wenger percaya kelabnya mampu menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini.

Arsenal tidak pernah menjulang sebarang piala sejak 2004 tetapi Wenger yakin penantian tersebut akan tamat pada 2011. "Saya percaya Arsenal boleh menang piala," katanya selepas pertemuan persahabatan dengan Arsenal menewaskan Legia Warsaw 6-5.

"Kami di tangga ketiga musim lepas, kami hanya tinggal dua langkah lagi untuk merangkul gelaran, dan saya yakin kami mampu lakukan." Kejayaan Arsenal pada perlawanan persahabatan terakhir menjadi tanda persoalan berhubung kelemahan bahagian pertahanan yang dibolosi 5 gol oleh kelab kerdil.

Legia Warsaw 5-6 Arsenal (highlights)


Legia Warsaw 5-6 Arsenal

Ariel Cabral 17
Koscielny 33 (og)
Jedrzejczyk 36, 75
Iwanski 90

Chamakh 38
Eboue 52, 60
Gibbs 63
Emmanuel-Thomas 81
Nasri 84