Sunday, August 8, 2010

Pertarungan bermula, Chelsea atau Manchester United?




Chelsea lwn Manchester United
Stadium Wembley
8 Ogos 2010
10.00 mlm (Malaysia)

Chelsea dan Manchester United bakal betembung untuk pembukaan musim 2010/2011 dalam piala Community Sheild di Wembley malam ini.

The Blues mencatatkan kejayaan double pertama mereka musim lepas dengan kemenangan 8-0 ke atas Wigan bagi mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris sebelum menumbangkan Portsmouth 1-0 untuk merangkul Piala FA.

Sementara itu, skuad Sir Alex Ferguson mahu memperbaiki kekecewaan mereka musim lepas dengan hanya menjuarai Piala Liga dan menamatkan kempen liga satu mata di bawah Chelsea. Tetapi tugas United musim ini mungkin lebih sukar dengan Manchester City telah memperkuatkan barisan pemain mereka.

Chelsea telah membawa masuk Yossi Benayoun dari Liverpool dengan nilai £6 juta dan dijangka akan memiliki pemain tengah Benfica, Ramires dengan nilai £18 juta dalam beberapa hari lagi. United pula telah membawa Chris Smalling dan Javier Hernandez untuk memperkuatkan lagi skuad Red Devils.

Pra-musim Chelsea agak mengecewakan dengan kemenangan tunggal 1-0 ke atas Crystal Palace sebelum tewas dkepada Ajax, Frankfurt dan Hamburg. Kesilapan Ross Turnbull, Hilario dan John Terry semasa pra-musim menjadi punca kepada aksi sumbang Chelsea.

Manchester United pula memulakan kempen pra-musim dengan kejayaan ke atas Celtic, Philadelphia Union dan the MLS All-Stars namun tewas kepada Kansas City Wizards dan Guadalajara. Bagaimanapun keputusan 7-1 membelasah Ireland XI menjadi nadi kepada United bagi perlawanan di Wembley malam ini untuk berdepan Chelsea yang menewaskan mereka menerusi sepakan penalti dalam piala Community Sheild musim lepas.
Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails