Sunday, August 22, 2010

Arsenal hukum Blackpool




Arsenal kembali bangkit daripada aksi sumbang minggu lepas untuk membelasah Blackpool 6-0 di Emirates.

Hatrik daripada Theo Walcott serta satu lagi kad merah pihak lawan menjadi punca kepada kemenangan besar The Gunners. Walcott menjadi bintang pada perlawanan ini dengan membuka tirai jaringan sebelum Andrey Arshavin menyempurnakan sepakan penalti. Sebelum tamat separuh masa pertama, Walcott meletakkan tuan rumah didepan dengan 3 gol.

Babak kedua pula menyaksikan jaringan daripada Abou Diaby sebelum Walcott melengkapkan hatrik pertamanya. Pemain baru Arsenal, Marouane Chamakh menjadikan perlawanan lebih bermakna dengan tandukan pada lewat perlawanan untuk memastikan kemenangan Arsenal 6-0.

Ketiadaan Laurent Koscielny akibat digantung perlawanan serta kecederaan yang dialami Samir Nasri memaksa Arsene Wenger membuat rombakan dalam kesebelasan utama beliau. Alex Song diberikan tugas dibahagian pertahanan sementara Tomas Rosicky disenaraikan selepas bermain sebagai pemain gantian sebelum ini. Cesc Fabregas dan Robin van Persie pula diletakkan sebagai pemain simpanan.

Pengurus Blackpool pula, Ian Holloway membariskan pemain yang serupa ketika membuat kejutan ke atas Wigan minggu lepas. Sementara itu, pemain baru Dekel Keinan hanya berada di bangku simpanan.

The Seasiders menjangkakan ujian yang lebih sukar berbanding perlawanan pembukaan mereka di DW Stadium minggu lepas. Keadaan itu ternyata tepat selepas mereka diberi tekanan sebaik sahaja perlawanan bermula di Emirates.

Bagaimanapun kejayaan Arsenal ini tidak menjadi pengukuran sebenar buat Wenger kerana lawan sebenar mereka bukanlah Blackpool.
Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails