Kabinet memutuskan untuk mengkategorikan kes membuang bayi sebagai hukum bunuh atau cubaan membunuh bagi memastikan pesalah terbabit menerima hukuman berat.
Kes tersebut akan disiasat Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, sementara kes percubaan membunuh disiasat di bawah Seksyen 307 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Sebelum ini kes tersebut diletakakn di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-kanak iaitu denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Sepanjang tempoh tahun lepas, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, lelaki yang mengakibatkan wanita tersebut mengandung turut akan disiasat dan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan dilakukan untuk mengenal pasti ibu bapa terlibat.
Kongsi artikel ini di Facebook