Friday, August 20, 2010

Suami pukul isteri hingga retak




Seorang suami memukul isterinya hingga retak tulang akibat marah dengan permintaan isterinya agar memulangkan motor yang diberikan majikan si mangsa.

Kejadian berlaku apabila si isteri menegur suaminya agar membaiki motornya dan memulangkan semula motor majikan isteri. Teguran itu membangkitkan kemarahan si suami yang rungsing dengan masalah kewangan lalu melibas si isteri dengan menggunakan kayu penyendal tingkap dapur.

Mangsa yang terlantar di Hospital Sultanah Aminah (HSA) bersyukur kerana libasan tersebut tidak mengenai kepalanya disebabkan beliau sempat berdiri sebelum kayu menghentam dirinya.

Mangsa juga memaklumkan perlakuan ini bukan pertama kali berlaku dalam hidupnya malah telah menjadi rutin setiap kali menjelang Aidilfitri. Semasa kejadian, bapa mentuanya turut lihat apa yang berlaku tetapi telahpun uzur.
Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails