Wednesday, August 18, 2010

Fantasy : Gameweek 2 - Lampard, Drogba & Rooney




Sky Sports menyiarkan berita daripada Chelsea TV bahawa Frank Lampard dan Didier Drogba kemungkinan besar akan direhatkn untuk perlawanan bertemu Wigan berikutan masalah kecederaan.

Lampard memaklumkan bagaimana beliau berusaha untuk bermain bagi perlawanan pembukaan Chelsea menentang WBA sekali gus memaksa dirinya berehat untuk kembali cergas. Begitu juga dengan Drogba yang masih mampu menjaringkan 3 gol walaupun tidak cerdas sepenuhnya.

Keadaan ini mungkin merungsingkan pengurus Fantasy Premier League (FPL) kerana kemungkinan pemain termahal dalam skuad mereka hanya akan berada di bangku simpanan bagi Gameweek 2. Bagaimanapun kenyataan daripada Carlo Ancelotti berhubung dua pemain bintang ini akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada Jumaat.

Sementara itu Wayne Rooney meneruskan rekod 1076 minit tanpa gol. Ia merupakan satu statistik yang merungsingkan. Dengan nilai pelaburan 12.0 juta, anda perlu mengkaji status Rooney yang tidak pernah menjaringkan gol selepas pulih daripada kecederaan musim lepas.

Strategi Alex Ferguson musim ini mungkin hanya membenarkan Rooney untuk bermain 60 minit sahaja dalam satu perlawanan. Dengan pemilihan penyerang yang semakin ramai di Old Trafford, ianya memaksa 17,000 pengurus FPL menukarkan Rooney dengan Drogba setakat ini dan jumlahnya mungkin akan meningkat.

Nama liga : anak1Malaysia
Code liga : 632185-147709
Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails