Wednesday, August 18, 2010

Ferguson : Saya tidak pernah melihat Bebe bermain




Sir Alex Ferguson memaklumkan ia merupakan kali pertama dalam tempoh 24 tahun di Old Trafford beliau membeli pemain yang tidak pernah beliau lihat.

Manchester United membuat pengumuman mengejutkan dengan menandatangani pemain berusia 20 tahun yang hanya menyertai Vitoria Guimaraes lima minggu dari Estrela Amadora. United membelanjakan £7juta untuk pemain tidak ternama itu yang didakwa turut diminati Real Madrid.

"Peninjau kami di Portugal memaklumkan kami perlu memiliki pemain ini segera dan saya menghantar David Gill untuk mendapatkan perjanjian," kata Ferguson. Bebe yang ditemuramah oleh wartawan memaklumkan beliau seorang yang laju, menyepak bola dengan baik dan menjaringkan gol dengan banyak.

United menghabiskan duit mereka musim ini untuk memiliki pemain muda iaitu Bebe, Javier Hernandez dan Chris Smalling. Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails