Tuesday, August 3, 2010

Gereja mahu adakan Hari Bakar Al-Quran




Sebuah gereja di Gainsville, Florida merancang satu aktiviti sempena ulang tahun ke-9 serangan 11 September 2001 dengan mengadakan Hari Membakar Al-Quran.

Konsul Hubungan Amerika-Islam (CAIR) memaklumkan sebanyak 100,000 salinan al-Quran akan diberikan kepada seluruh penduduk dan pemimpin negara itu. Selain itu juga, CAIR menjemput umat Islam untuk mengadakan majlis makan malam "berkongsi al-Quran" sepanjang Ramadhan yang akan datang ini.

Bagaimanapun Persatuan Kebangsaan Agama Kristian (NAE) menolak rancangan terbabit dan mendesak supaya ianya dibatalkan. Mereka berkata perkara ini boleh mendatangkan ketegangan antara dua penganut agama tersebut. Mereka turut meminta penganutnya supaya menghormati agama lain.
Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails