Tuesday, August 3, 2010

Torres dijangka terlepas lawan Arsenal




Fernando Torres dijangka akan terlepas perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris bertemu Arsenal minggu depan akibat masalah kecederaan yang dihadapinya ketika final Piala Dunia lepas.

Penyerang Sepanyol itu kembali ke kem latihan Ahad lepas selepas bercuti pendek bersama keluarganya. Bagaimanapun beliau tidak dapat menjalani latihan penuh akibat masalah kecederaan yang masih belum pulih.

Torres juga tidak akan bermain untuk perlawanan pusingan ketiga kelayakkan Piala Europa menentang Rabotnicki di Anfield Khamis ini.
Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails