Tuesday, August 3, 2010

Laman web lucah ditayang di Parlimen


Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) di Parlimen Indonesia digemparkan dengan tayangan laman web lucah yang kebiasaannya menayangkan maklumat semasa.

Imej daripada laman web lucah itu ditayangkan selama 15 minit sebelum berjaya ditutup oleh pengawal keselamatan. Speaker Parlimen, Marzuki Alie menegaskan mereka yang bertanggungjawab terhadap insiden terbabit akan dihukum.

"Sesiapa yang menggodam skrin ini bersikap kurang ajar dan akan dihadapkan ke pihak berkuasa," katanya. Sebelum ini Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menyokong kawalan internet diperketatkan selepas berlaku kes video seks melibatkan selebiriti terkenal iaitu Ariel dengan pengacara Luna Maya dan Cut Tari.
Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails