Tuesday, August 3, 2010

Pasangan muda buat maksiat lari dikejar JAWI


Pasangan kekasih yang takut ditangkap pihak berkuasa memecut kereta untuk melarikan diri daripada ditangkap di Putrajaya.

Lelaki yang berusia 25 tahun itu dan pasangan perempuan berusia 23 tahun gagal melepaskan diri selepas keretanya dipintas penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Mereka bukan sahaja memandu ala drift, tetapi turut merempuh jalan bertentangan di laluan sehala di Persiaran Perdana, Presint 4.

Mereka menafikan bahawa ada melakukan perbuatan sumbang di dalam kereta ketika berada di di Jambatan Seri Gemilang berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Mereka mendakwa melarikan diri kerana menyangkakan kenderaan yang mengejar mereka merupakan penyamun.

Bagaimanapun tipu helah mereka pecah selepas lelaki terbabit mengaku ada melakukan adegan berahi bersama pasangannya. Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 29 Akta Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana melakukan perbuatan tidak senonoh serta Seksyen 9 dan Seksyen 30 Akta Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana mengingkari arahan penguatkuasa serta memberi kenyataan palsu.
Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails