Tuesday, August 24, 2010

Tiada maaf buat Liverpool - Man City




12′ Gareth Barry
52′ Carlos Tevez
67′ (Pen) Carlos Tevez


Adam Johnson menjadi bintang Manchester City dengan skuad Roberto Mancini menumpaskan Liverpool 3-0 di Eastlands untuk mencatatkan kemenangan pertama liga musim ini.

Carlos Tevez menghasilkan dua gol dan satu jaringan daripada Gareth Barry selepas berganding dengan rakan kelab lamanya James Milner untuk membuka tirai jaringan bagi tuan rumah.

Liverpool pula dinafikan dengan kehebatan Joe Hart walaupun banyak peluang keemasan diperolehi. Mancini membariskan James Milner dalam kesebelasan utama dengan Mario Balotelli terpaksa menunggu untuk membuat penampilan sulung dalam liga akibat kecederaan.

Joleon Lescott pula kembali ke pertahanan kiri sementara tiada tempat untuk juara Piala Dunia, David Silva. Pasukan pelawat pula membariskan Fernando Torres buat pertama kali namun The Reds hadir ke Eastlands tanpa Javier Mascherano yang dijangka bakal berpindah.

Lucas pula digandingkan di bahagian tengah bersama Steven Gerrard dengan formasi 4-4-2 sementara Christian Poulsen hanya memanaskan bangku simpanan. City bermain di depan Sheikh Mansour buat pertama kali dan pemainnya hanya memerlukan 13 minit untuk membalas pelaburan ratusan juta pound sebelum aksi babak kedua menghasilkan dua gol menerusi serangan balas dan penalti.
Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails