Monday, August 23, 2010

Squillaci sedia berhijrah ke Arsenal




Pertahanan Sevilla, Sebastien Squilacci akan menyertai Arsenal selepas berjaya menjalani pemeriksaan kesihatan.

Sebelum ini, Arsene Wenger mendakwa beliau tidak mungkin boleh mendapatkan khidmat pemain pertahanan ini namun laporan terbaru mengatakan Arsenal hampir pasti memilikinya. Sebastien Squillaci akan ke London untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di Arsenal dan sekiranya berjaya, pemindahan rasmi akan diumumkan.

Bagaimanapun Sevilla tidak memaklumkan berapa banyak Arsenal membayar bagi yuran perpindahan tetapi ianya dipercayai sebanyak 8 juta euro. Bekas pemain Lyon itu menyertai Sevilla dua tahun lepas dan meminta kelab untuk tidak menyenaraikan namanya dalam kelayakkan Liga Juara - Juara
Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails