Pengkaji bintang Amerika Syarikat memaklumkan bulan kini mengalami pengecutan selepas mendapati terdapat kedutan pada permukannya.
Penemuan itu didapati dengan melihat beribu gambar yang diambil daripada stesen angkasa Nasa. Secara kasar, penyelidik mendapati bulan telah mengecut sebanyak 200 meter dengan ukuran garis pusat bulan adalah sebanyak 3,474.57 kilometer.
Thomas Watters dari Institusi Smithsonian memaklumkan bulan mengalami pengecutan akibat proses penyejukan. Bagaimanapun mereka masih belum menemui sebab yang tepat berhubung pengecutan tersebut.
Menurut beliau, perkara ini adalah proses biasa dana ianya tidak perlu ditakuti.
Kongsi artikel ini di Facebook