Monday, August 23, 2010

Ancelotti : Chelsea main "PlayStation"




Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti menyifatkan anak buahnya seperti bermain "PlayStation" selepas berjaya membelasah Wigan di DW Stadium untuk mencatatkan kemenangan 6-0 kedua musim ini.

Florent Malouda membuka tirai jaringan sebelum Nicolas Anelka dan Salomon Kalou menjaringkan dua gol masing - masing. Yossi Benayoun melengkapkan pesta gol Chelsea untuk mengungguli liga.

Fakta menunjukkan Chelsea telah menjaringkan 29 gol dalam lima perlawanan terakhir liga tanpa dibolosi. Bagaimanapun Ancelotti mengingatkan anak buahnya bahawa situasi begini akan tiba ke penghujungnya.

"Sesuatu yang mustahil untuk difikirkan kami sentiasa menjaringkan enam gol dalam satu perlawanan. Ini bukan bola sepak yang sebenarnya, ini PlayStation," kata Ancelotti.
Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails