Monday, August 23, 2010

Liverpool sedia berdepan Man City




Mario Balotelli menjadi wira Manchester City di Romania pada perlawanan kelayakkan Piala Europa bertemu Timisoara.

City mengambil masa 72 minit untuk menjaringkan gol selepas 90minit tanpa gol ketika bertemu Tottenham Hotspur di White Hart Lane. Dengan nilai pelaburan yang tinggi, City hanya mampu menjaringkan satu gol dalam dua perlawanan. Keadaan yang mungkin menjadi persoalan kepada Roberto Mancini.

Bagaimanapun Mancini menegaskan ianya mengambil masa beberapa minggu sebelum kesebelasan utamanya dapat menyesuaikan diri. Beliau berharap City dapat mencipta kemenangan pertama dalam Liga Perdana di Eastlands bertemu Liverpool.

Sementara itu, Liverpool berhasrat untuk menafikan wang City dengan Joe Cole hanya akan menonton dari luar padang setelah menerima kad merah pertama sepanjang karier bola sepaknya.

James Milner bakal memulakan perlawanan pertamanya bersama Manchester City namun Aleksandar Kolarov dan Jerome Boateng masih dalam kecederaan. Liverpool pula merehatkan pemain utama dalam perlawanan Khamis lepas dan dijangka akan menurunkan semula pemain utamanya termasuk Javier Mascherano, Steven Gerrard dan Dirk Kuyt.

Barisan kemungkinan :

Man City : Richards, Kolo Toure, Kompany, Zabaleta; Yaya Toure, De Jong; Milner; Tevez, Balotelli, Silva.

Liverpool : Reina; Johnson, Carragher, Skrtel, Aurelio; Mascherano, Poulsen; Kuyt, Gerrard, Jovanovic; Torres.
Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails