Monday, August 23, 2010

Man Utd gagal atasi Fulham




Brede Hangeland menanduk masuk gol pada minit akhir untuk mengikat Manchester United di Craven Cottage.

United dilihat bakal membawa pulang tiga mata penuh selepas Hangeland menjaringkan gol sendiri ketika perlawanan hanya berbaki tujuh minit. Namun Nani gagal meletakkan skuad Sir Alex Ferguson 3-1 didepan selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti dan keadaan ini menjadi punca kepada keputusan seri selepas Hangeland menjaringkan gol buat Fulham pula ketika perlawanan hanya tinggal satu minit sahaja.

"Selepas saya menjaringkan gol saya lihat pada jam dan hanya tinggal lima minit sahaja perlawanan. Ia sesuatu yang hebat untuk menjaringkan gol daripada sepakan sudut," kata Hangeland.

Bagaimanapun Ferguson menyifatkan Fulham layak unutk memperolehi satu mata dan berpendapat Fulham bermain lebih baik daripada United.
Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails