Tuesday, July 20, 2010

Joe Cole sertai Liverpool


Bekas Pemain tengah Chelsea, Joe Cole setuju dengan perpindahan ke Liverpool atas tiket pemindahan percuma.
Pemain kebangsaan England yang berusia 28 tahun itu dilaporkan menerima bayaran £90,000 seminggu untuk menolak tawaran daripada Arsenal dan juga Tottenham.
Cole meninggalkan Stamford Bridge selepas Chelsea memutuskan untuk tidak menyambung kontraknya.
Pengurus baru Liverpool, Roy Hodgson memaklumkan beliau akan mengurangkan perbelanjaan untuk pembelian pemain baru dan kini beliau telah memilki dua pemain dengan cara pemindahan percuma.
Penyerang utama Serbia, Milan Jovanovic merupakan pemain pertama yang dibawa Hodgson.
Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails