Tuesday, July 20, 2010

Petua cerahkan kulit


Hari ini a1M nak kongsi satu petua yang mungkin ramai yang ingin tau terutamanya gadis2 di luar sana.
Emm.. petua ni mudah je, xperlu nak beli barang2 kosmetik yang mahal2 yang terdapat di pasaran sekarang.
Ini petua tradisionl punye.. Insya-Allah jika amalkan boleh berjaya.
Ada 3 petua nak dikongsi di sini :

1) Air beras cerahkan kulit
Caranya, ambil air beras dan
embunkannya semalaman. Kemudian air
beras yang sudah berembun tadi
dijadikan air mandian. Lakukannya dua
kali seminggu, Insya-Allah berhasil.


2)Menggunakan limau nipis

Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

3)Lulur kopi putihkan kulit
Tumbuk ½ kg biji kopi bali sehingga separuh halus, kemudian tambahkan minyak zaitun dan tepung bengkuang secukupnya menjadi paste. Kacau hingga rata. Usapkan lulur kopi ini pada seluruh tubuh anda sambil digosok-gosokan secara perlahan. Biarkan anggaran selama 1 jam agar minyak yang terkandung pada kopi menyerap ke seluruh tubuh. Setelah itu, bilas tubuh sampai bersih dengan menggunakan air yang telah dicampur sedikit garam.
Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails