Monday, July 19, 2010

UFO terapung di Sabah


Pantai peranginan Tuaran, Kota Kinabalu dikejutkan dengan kehadiran satu objek berbentuk piring terbang berlegar di ruang udara.
Bentuk yang didakwa seperti UFO itu disaksikan oleh beberapa orang termasuk pelancong yang berada di kawasan terbabit selepas seorang wanita menjerit melihat objek tersebut.
Objek itu didakwa mengeluarkan cahaya biru sebelum bertukar menjadi hijau tidak lama kemudian.
Bagaimanapun objek tersebut hilang sekelip mata selepas seminit terapung di udara.
Namun apa yang menghairankan segelintir mereka yang merakamkan video UFO terbang tersebut gagal kerana ada di antara mereka yang telefon bimbit mereka mati secara tiba - tiba.
Tidak kurang juga ada yang berjaya merakamkan namun rakaman tersebut didapati hilang.
Sebelum ini pada tahun 1950-an objek yang serupa didakwa ditemui di ruang udara Petaling Jaya dan selepas kejadian tersebut beberapa pihak turut mendakwa menjumpai objek itu. =)
Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails